PENGAJIAN MALAYSIA

Muhammad Helmi Salim adalah seorang pensyarah di Institut Kemahiran Mara Johor Bahru. Beliau merupakan anak jati Jitra Kedah Darul Aman dan merupakan anak sulong daripada 3 adik beradik. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Malau, Jitra Kedah dan seterusnya menyambung pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra. Penulis seterusnya menyambung pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian dalam bidang sejarah. Setelah tamat pembelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia, penulis telah diterima bekerja sebagai tenaga pengajar di Institut Kemahiran Mara Johor Bahru dan di tugaskan untuk mengajar subjek Pengajian Malaysia. Sepanjang belajar di UKM, penulis telah memegang beberapa jawatan antaranya adalah pernah menjadi Yang Di Pertua Kolej Kediaman, Presiden Majlis Yang Di Pertua Kolej Kediaman seluruh UKM dan pernah menjadi Timbalan Presiden Aspirasi Universiti Kebangsaan Malaysia. Sepanjang berkhidmat di Institut Kemahiran Mara Johor Bahru, penulis juga bergiat aktif dan pernah memegang jawatan sebagai pengerusi untuk minggu aktiviti di IKM JB,seterusnya menjadi juruaudit untuk audit dalaman ISO dan juga MQA.


 Berasal dari Kuching, Sarawak. Anak ke 2 dari 5 orang adik-beradik. Beliau mendapat pendidikan awal Sekolah Kebangsaan Bako sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Kerajaan Santubong. Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia, beliau menyambung pelajaranya ke tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abang Haji Openg. Beliau kemudian mendapat tawaran menyambung pelajaran ke peringkat ijazah Pertama di Universiti Malaya dalam Fakulti Sastera dan Sains Sosial dalam bidang Pengajian Asia Tenggara dan Sejarah. Pernah mengikuti program Eksekutif Pembagunan di Segi College, Kuching, Sarawak. Setelah tamat belajar beliau bertugas sebagai seorang guru dan pensyarah sambilan disebuah kolej swasta di Kuching. Semasa di universiti beliau seorang yang aktif dalam persatuan. Memegang beberapa jawatan dalam Persatuan Pelajar Islam Sarawak Universiti Malaya (PERMIS), Persatuan Pelajar Sarawak Universiti Malay (PERMASA) dan Persatuan Pengajian Asia Tenggara (JATi). Sifat keperihatinan beliau diteruskan selepas tamat belajar dimana beliau aktif dalam kerja-kerja sosial dan masyarakat terutama di kawasan tempat kelahiran beliau di Demak LAut Kuching. Sekarang beliau bertugas sepenuh masa sebagai seorang Pensyarah MARA di IKM Kuching, Sarawak

 

HANIM BINTI YUSOF

       Dilahirkan pada 11 Julai 1984 di Hospital daerah Muar, Johor. Anak jati Johor  yang dimaksudkan adalah Hanim Binti Yusof. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Bukit Pasir Muar sebelum menyambung ke Sekolah Menengah Tun Perak Muar. Di sekolah yang sama juga beliau menyambung pelajaran sehingga di peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Setelah mendapat keputusan yang cemerlang dalam STPM, beliau mendapat tawaran melanjutkan pelajaran diperingkat ijazah di salah sebuah IPTA di Malaysia iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia. Meneruskan pengajian di Falkulti Sains Sosial dan Kemanusiaan dalam bidang  Pengajian Sejarah.                                                                                                 Setelah bergelar Graduan Sarjana Muda Sastera Dengan Kepujian (Sejarah),beliau mendapat tawaran pekerjaan sebagai Pegawai Pemantau Harga di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal EHwal Pengguna cawangan Muar. Ketika berkhidmat beliau disifatkan sebagai seorang yang sering memberi komitmen yang tinggi semasa bertugas secara berkumpulan . Setelah berkhidmat di Kementerian tersebut selama 9 bulan,beliau ditawarkan pula oleh pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebagai Pensyarah sepenuh masa di Kolej Kemahiran Tinggi MARA Masjid Tanah Melaka. Sepanjang penglibatan di dalam bidang ini,  beliau disifatkan sebagai seorang yang berdedikasi, bertanggungjawab dan sentiasa optimis dalam tugasnya.


Norarina bte Mad Ladzin merupakan anak kelahiran Pahang, yang mempunyai kelulusan dalam bidang Sejarah (Ijazah Sarjana Muda Sastera) dari Universiti Malaya. Kini beliau merupakan seorang Pensyarah sepenuh masa di Kolej Kemahiran Tinggi Mara Sri Gading. Pengalaman mengajar yang kini sudah mencecah hampir 4 tahun memperlihatkan beliau sebagai seorang yang sangat komited dalam menjalankan tugasnya. Selain mengajar, antara jawatan lain yang dipegang oleh beliau adalah Setiausaha Unit 5S, Setiausaha Unit Modul, Jawatankuasa Induk ISO 9001:2008 dan juga Penyelaras Hari Terbuka KKTM Sri Gading. Semoga usaha dan pengorbanan beliau dalam bidang pendidikan ini memberikan manfaat kepada orang lain.

This free website was made using Yola.

No HTML skills required. Build your website in minutes.

Go to www.yola.com and sign up today!

Make a free website with Yola