PENGAJIAN MALAYSIA

 12.1    DASAR EKONOMI BARU

 

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu peristiwa hitam dalam sejarah negara kita kerana ia melibatkan pertelingkahan dan rusuhan antara kaum. Berikutan dengan rusuhan kaum ini, kerajaan telah mengambil tindakan tegas bagi mengkaji semula matlamat, strategi dan program pembangunan negara. Selepas tahun 1970, program pembangunan negara adalah berasaskan Rukun Negara yang diisytiharkan pada 31 Ogos 1970. Dengan itu, semua rancangan pembangunan negara dilaksanakan kearah perpaduan kaum. Kerajaan telah membentuk Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang menjadi satu rangka rancangan panjang mencakupi tempoh selama 20 tahun (1970-1990). Ia melibatkan empat rancangan lima tahun Malaysia yang dimulakan dengan RM2 dan berakhir dengan RM5.


Sebagai satu dasar, DEB mempunyai objektif yang telus dan strategi yang khusus. DEB secara keseluruhan bermatlamatkan “serampang dua mata”, iaitu

 

i.    Mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan dan memperbanyak peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.

ii.             Menyusun semula masyarakat untuk mengurang dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

 

ASPEK KEMISKINAN

Aspek kemiskinan menjadi salah satu tumpuan utama dalam DEB. Masalah kemiskinan yang melanda negara sebenarnya bukan sahaja tertumpu di kawasan luar bandar, malahan di kawasan bandar. Kaum bumiputera yang menguasai sektor pertanian tradisional merupakan kaum yang berada pada kadar kemiskinan. Antara faktor utama yang dikaitkan dengan kemiskinan di Malaysia ialah:

i.              Bencana alam yang boleh menyebabkan penyakit dan kerosakan tanaman.

ii.             Kejatuhan harga barang eksport akibat kemelesetan ekonomi dunia.

iii.            Saiz isi rumah yang terlalu besar.

iv.           Pergantungan kepada orang tengah yang selalu mengeksploit.

v.            Kekurangan input yang dapat meningkatkan  pengeluaran.

vi.           Corak pertanian tradisional, faktor-faktor sosial dan budaya.

 

Secara keseluruhan, pelbagai usaha dipraktikkan untuk membasmi kemiskinan di bawah DEB seperti:

 

i.              Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan, terutama yang menganggur.

ii.                Menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan.

iii.            Memberi peluang kepada orang yang bekerja di sektor yang rendah daya pengeluarannya berpindah ke sektor yang lebih lumayan.

iv.           Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum dan antara kawasan (bandar dan luar bandar).


Kadar kemiskinan mengikut negeri, 1976, 1987, 1995 dan 2000 

 

1976

1987

1995

2000

Negeri

Kadar Kemiskinan

(%)

Kadar Kemiskinan

(%)

Kadar Kemiskinan

(%)

Kadar Kemiskinan

(%)

 Johor

Kedah

Kelantan

Melaka

Negeri Sembilan

Pahang

Pulau Pinang

Perak

Perlis

Selangor

Terengganu

W.P. Kuala Lumpur

Sabah

Sarawak

29.0

61.0

67.1

32.4

33.0

38.9

32.4

43.0

59.8

22.9

60.3

  9.0

58.3

56.5

 

11.1

31.1

31.6

11.7

21.5

12.3

12.9

19.9

29.1

  8.9

36.1

  5.2

35.3

  2.7

  3.1

12.7

22.9

  5.3

  4.9

  6.8

  4.0

  9.1

11.8

  2.2

23.4

  0.5

22.0

10.0

  2.5

13.5

18.7

  5.7

  2.5

  5.5

  2.7

  9.5

13.3

  2.0

14.9

  2.3

20.1

  6.7

 

 

           

 PENYUSUNAN SEMULA MASYARAKAT

Dasar “pecah dan perintah” yang diamalkan oleh British menyebabkan berlakunya tumpuan kaum mengikut fungsi ekonomi tertentu. Fenomena ini menyukarkan agihan kekayaan negara dan keadilan ekonomi sekaligus menyukarkan perpaduan kaum.


Justeru itu melalui DEB, kerajaan telah mengadakan usaha-usaha ke arah memperbaiki ketidakseimbangan ekonomi dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Dalam usaha dan matlamat kerajaan untuk menyusun semula masyarakat, beberapa strategi utama telah digubal sebagaimana berikut:

i.              Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di luar bandar melalui proses memodenkan kawasan-kawasan luar bandar.


ii.             Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan   Bumiputera dalam semua lapangan dan peringkat kegiatan ekonomi supaya kaum Bumiputera dapat menjadi rakan seperjuangan kepada kaum bukan Bumiputera dalam kegiatan-kegiatan ekonomi moden.


iii.            Menambahkan hakmilik rakyat dalam pemilikan modal produktif negara termasuklah pemilikan saham dalam sektor syarikat supaya kaum Bumiputera dapat memiliki sekurang-kurangnya 30% saham dalam sektor syarikat, 40% oleh tempatan (bukan bumiputera) dan bakinya rakyat asing.

 

12.1    DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL

 

Dasar Ekonomi Baru (DEB) berakhir pada tahun 1990. Ia digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN). DPN sebenarnya adalah DEB dalam bentuk yang baru, iaitu ia telah digubal dengan iktibar DEB. DPN dilaksanakan dalam tempoh Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) (1991-2000) bagi tempoh sepuluh tahun sahaja. Ia merupakan satu periga daripada Wawasan 2020 (1991-2020). Falsafah DPN menjadi teras RRJP2 dimana ia juga merupakan langkah permulaan bagi Wawasan 2020.


12.2.1 MATLAMAT UTAMA DPN:

Berikut adalah merupakan matlamat utama Dasar Pembangunan Nasional (DPN):

 

i.     Mewujudkan perpaduan Negara yang menjadi asas kestabilan sosial dan politik serta mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan.

ii.         Mencapai taraf sebuah negara maju dalam semua segi iaitu sosial, nilai, etika, moral, kestabilan politik, kualitihidup, kecekapan pentadbiran kerajaan dan kecemerlangan ekonomi.

iii.            Penglibatan sektor swasta juga ditingkatkan bagi membantu proses penyusunan semula masyarakat melalui pewujudan peluang-peluang yang lebih luas supaya sektor ini boleh berkembang.


DASAR WAWASAN NEGARA (2001-2010)

 

Dasar Wawasan Negara telah dilancarkan pada 4 April 2001 oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad di Parlimen. Tempoh masa perlaksanaan Dasar Wawasan Negara adalah dari tahun 2001-2010, iaitu selama 10 tahun. Dasar Wawasan Negara meliputi tempoh masa Rangka Rancangan Jangka Panjang ketiga (RRJP 3), iaitu dari tahun 2001 hingga 2010. Dasar ini memberikan tumpuan terhadap peningkatan keutuhan dan daya saing negara. Dasar ini juga bertujuan untuk meningkatkan kualiti pembangunan dan menjana pertumbuhan tinggi yang mapan supaya rakyat dapat menikmati kemakmuran.

 

  MATLAMAT UTAMA

i.              Membina negara yang berdaya tahan

ii.             Mengekalkan usaha membasmi kemiskinan

iii.            Membangunkan masyarakat berasaskan pengetahuan atau k-ekonomi.

iv.           Ia dirangka bagi mengurangkan ketidakseimbangan sosial, ekonomi dan juga wilayah.

 

 

 OBJEKTIF ATAU TERAS UTAMA DASAR WAWASAN NEGARA

i.              Membina bangsa yang berdaya tahan dengan memupuk perpaduan, menyemarakkan semangat patriotik, membina masyarakat yang bertolak ansur, penyayang dan memiliki nilai-nilai positif.

ii.             Mewujudkan masyarakat yang saksama melalui pembasmian kemiskinan dan pengurangan ketidakseimbangan di kalangan dan dalam kumpulan etnik serta wilayah.

iii.            Mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan mengukuhkan sumber pertumbuhan institusi kewangan dan korporat serta pengurusan ekonomi makro.

iv.           Meningkatkan daya saing untuk menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi.

v.            Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan sebagai langkah strategi untuk meningkatkan nilai dalam semua sektor ekonomi dan mengoptimumkan daya pemikiran bangsa.

vi.           Mengukuhkan pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan tenaga kerja yang berkebolehan, produktif dan berpengetahuan.

vii.          Meneruskan pembangunan alam sekitar yang mampan untuk meneguhkan pertumbuhan jangka panjang.

 




This free website was made using Yola.

No HTML skills required. Build your website in minutes.

Go to www.yola.com and sign up today!

Make a free website with Yola