PENGAJIAN MALAYSIA

 Secara umumnya suhanjaya dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu suruhanjaya tetap dan suruhanjaya sementara. Suruhanjaya tetap pula terbahagi kepada dua iaitu Suruhanjaya Pilihanraya dan Suruhanjaya Perkhidmatan. Bagi suruhanjaya sementara pula, ia diwujudkan bagi mengkaji perkara-perkara dan membuat perakuan untuk penyelesaian sesuatu masalah atau perkara yang tertentu.

 

Namun pada dasarnya suruhanjaya adalah satu badan khas yang ditubuhkan oleh pihak kerajaan dalam pemerintahan negara. Pembentukan suruhanjaya sama ada tetap atau sementara adalah untuk memastikan suruhanjaya ini dapat menjalankan tugas pentadbiran dengan bijak, adil dan cekap, khususnya dalam membentuk negara yang aman dan harmoni.


 Ciri-Ciri Suruhanjaya

Antara ciri-ciri sesebuah suruhanjaya ialah:

a.            Sesebuah suruhanjaya mestilah bersifat adil dan berkecuali.

b.            Sesebuah suruhanjaya bebas daripada pengaruh politik kerana

i.              Semua anggotanya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas budi bicara baginda selepas menimbangkan nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja

ii.             Hanya penjawat awam, hakim, dan golongan profesional boleh menganggotainya.

c. Anggota suruhanjaya hanya boleh dipecat melalui tribunal; Yang di-Pertuan                                                                             Agong  bertindak mengikut syor tribunal dan syor tribunal adalah muktamad.

d.            Saraan semua anggota suruhanjaya ditetapkan oleh Parlimen dan ditanggung     oleh Kumpulan Wang Persekutuan yang disatukan.

 SURUHANJAYA TETAP

 


SURUHANJAYA

BIDANG KUASA

 

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)

 

 

 

  • Menurut Perkara 139, bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam meliputi semua orang yang menjadi anggota perkhidmatan awam am Persekutuan, semua orang yang menjadi anggota perkhidmatan awam bersama dan anggota-anggota perkhidmatan awam bagi Melaka dan Pulau Pinang.

  • Perkhidmatan awam bersama bermaksud seseorang anggota mana-mana perkhidmatan awam yang diambil bekerja:

(a)      Sebahagian bagi maksud Persekutuan dan sebahagian bagi maksud Negeri,  atau

(b)      Bagi maksud dua buah Negeri atau lebih.

·         Semua tatatertib anggota perkhidmatan awam Persekutuan dan Negeri dipertanggungjawabkan kepada Suruhanjaya perkhidmatan Awam sebagaimana yang temaktub dalam Perkara 139 Perlembagaan Persekutuan.

·         Suruhanjaya Perkhidmtan Awam terdiri daripada anggota-anggota berikut:

(a)      Pengerusi

(b)      Timbalan pengerusi

(c)      Empat hingga 30 orang ahli

·         Pengerusi dan timbalan pengerusi dialantik daripada:

(a)      Orang-orang yang menjadi anggota mana-mana perkhidmatan awam, atau

(b)      Bekas anggota mana-mana perkhidmatan awam yang telah bersara tidak lebih daripada lima tahun sebelum tarikh mereka dilantik

Tugas-tugas Suruhanjaya:

·         Perkhidmatan Awam (tertakluk kepada perkhidmatan-perkhidmatan awam yang diliputi oleh bidang kuasanya termasuk:

(a)      Membuat perlantikan kakitangan awam dalam perkhidmatan pentadbiran Kerajaan Persekutuan. (Pengambilan kakitangan Kumpulan D, iaitu kakitangan rendah dan buruh kasar boleh dibuat berdasarkan peruntukan tertentu oleh pihak Kementerian atau Ketua-ketua Jabatan).

(b)      Membuat perlantikan bagi perkhidmatan awam di negeri-negeri seperti Melaka, Pulau Pinang, Perlis dan Negeri Sembilan.

(c)      Mengambila alih tugas-tugas Suruhanjaya Perkhidmatan Kereta Api (Tanah Melayu) yang telah dibubarkan.

(d)      Beberapa aspek berikut adalah tugas-tugas yang lebih terperinci yang dilakukan oleh SPA berhubung dengan bidang kuasanya dalam urusan pentadbiran awam:

i.          Jenis perkhidmatan yang diurus berupa perkhidmatan tetap, sementara dan kontrak.

ii.         Membuat pinjaman atau pertukaran kakitangan di peringkat kementerian atau di negeri dan daerah.

iii.        Membuat pengesahan untuk seseorang kakitangan perkhidmatan awam.


 

 

Suruhanjaya Pilihan Raya

 

  • Bagi memastikan pilihan raya bebas daripada sebarang pengaruh dan penyelewengan, Perlembagaan menghendaki satu suruhanjaya bebas ditubuhkan bagi menguruskan proses pilihan raya termasuklah:

(a)      menyemak persempadanan kawasan pilihan raya untuk Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri 

(b)      menyemak daftar pemilih (pengundi)

(c)      menetapkan peraturan-peraturan dalam pilihan raya

(d)      mengendalikan pendaftaran dan penamaan calon

(e)      mengira undi dan mengisytiharkan keputusan pilhan raya

  • Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan menamakan suruhanjaya bebas tersebut sebagai Suruhanjaya Pilihan raya (SPR).

  • Perkara 113 Fasal 4 dalam Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada SPR untuk mengadakan apa-apa pilihan raya lain selain pilihan raya untuk Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, misalnya pilihan raya bagi memilih anggota Dewan Negara jika diarahkan oleh Parlimen (Perkara 120) dan (Perkara 45 Fasal 4).

  • SPR diberi kuasa untuk menggubal kaedah-kaedahnya sendiri setakat yang perlu dan tertakluk pula di bawah undang-undang Persekutuan bagi menjalankan tugas-tugasnya (Perkara 113 Fasal 5).

·         Anggota SPR dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja.

·         Dianggotai oleh:

(a)      Pengerusi

(b)      Timbalan pengerusi

(c)      Tiga orang ahli 

  • Orang yang dilantik hendaklah orang-orang yang boleh menimbulkan keyakinan dan kepercayaan awam terhadap kewibawaaan SPR. (Perkara 114 Fasal 2)

  • Anggota-anggota SPR tamat tempoh perkhidmatan mereka setelah berusia 65 tahun atau dipecat oleh Yang di-Pertuan Agong atas alasan muflis atau menjawat jawatan bergaji atau menjadi anggota Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri . (Perkara 114 Fasal 3)

·         Saraan untuk anggota-anggota SPR ditentukan oleh Parlimen melalui bayaran daripada Kumpulan Wang yang disatukan.

  • SPR tidak mempunyai ramai petugas atau kakitangan untuk melaksanakan tanggungjawab yang besar. Oleh itu, Perkara 115 memberi kuasa kepada SPR untuk mendapatkan bantuan daripada pihak berkuasa awam.

 

 

 



 

 

Suruhanjaya Perkhidmatan Polis

 

  • Menurut Perkara 140, bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Polis meliputi semua orang yang menjadi anggota pasukan polis.

  • Suruhanjaya Perkhidmatan polis terdiri daripada anggota-anggota yang berikut:

(a)      Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang akan menjadi Pengerusi;

(b)      Ketua Polis Negara (sebagai pemerintah seluruh pasukan polis);

(c)      Ketua Setiausaha Kementerian Keselamatan Dalam Negeri;

(d)      Seorang anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam;

(e)      Dua hingga enam orang anggota lain.

·         Tugas-tugas Suruhanjaya Perkhidmatan Polis termasuk:

(a)      Melantik, mengesahkan jawatan, menaikkan pangkat , dan menukar anggota-anggota pasukan polis;

(b)      Memasukkan anggota-anggota pasukan polis ke dalam penjawatan tetap atau pencen;

(c)      Menjalankan kawalan tatatertib terhadap anggota-anggota pasukan polis.

 

 

 

 

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran

 

  • Menurut Perkara 141A, bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran meliputi semua orang yang menjadi anggota perkhidmatan pelajaran.

  • Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran terdiri daripada anggota-anggota yang berikut:

(a)      Pengerusi

(b)      Timbalan pengerusi

(c)      Empat hingga lapan orang anggota lain.

  • Tugas-tugas Suruhanjaya Perkhidmtan Pelajaran termasuk:

(a)      Melantik, mengesahkan jawatan, menaikkan pangkat dan menukar anggota-anggota perkhidmatan pelajaran;

(b)      Memasukkan anggota-anggota perkhidmatan pelajaran ke dalam perjawatan tetap atau pencen;

(c)      Menjalankan kawalan tatatertib terhadap anggota-anggota perkhidmatan pelajaran.

 

 SURUHANJAYA TIDAK TETAP / SEMENTARA / KHAS

 

Suruhanjaya Khas diwujudkan secara sementara (ad hoc) untuk membincang dan mengkaji masalah-masalah yang timbul serta mencari jalan penyelesaian ke atas masalah tersebut. Ahli-ahli Suruhanjaya ini terdiri daripada:

a.            Pengerusi

b.            Dua orang ahli lain

 

Antara suruhanjaya khas yang pernah diwujudkan ialah:


a.            Suruhanjaya Gaji Aziz

b.            Suruhanjaya Gaji Harun

c.            Suruhanjaya Diraja tentang Gaji dan Syarat-syarat Perkhidmatan bagi Pihak Berkuasa Tempatan dan pihak Berkuasa Perbadanan, 1973. 

d.            Suruhanjaya Khas Penambahbaikkan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia ditubuhkan pada tahun 2004 atas syor Perdana Menteri Malaysia.

 

Tugas-tugas suruhanjaya khas ini termasuk:


a.            Menyiasat fungsi dan tanggungjawab Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menguatkuasakan undang-undang negara;

b.            Menyiasat keperluan sumber manusia PDRM;

c.            Menyiasat etika kerja dan prosedur bagi kakitangan PDRM;

d.            Menyiasat isu-isu hak asasi manusia yang berkaitan dengan tugas-tugas PDRM.


This free website was made using Yola.

No HTML skills required. Build your website in minutes.

Go to www.yola.com and sign up today!

Make a free website with Yola