PENGAJIAN MALAYSIA

 1.1    DEFINISI MASYARAKAT

 

Penafsiran kepada konsep ini dapat dibahagikan kepada dua iaitu negara dan bangsa. Dalam usaha memahami konsep Negara bangsa terdapat beberapa definisi yang perlu difahami iaitu negara,  bangsa, ras dan etnik (penekanan kepada konsep Negara Bangsa). Istilah negara telah diberi takrifan seperti yang dikemukakan oleh sarjana antaranya Harold J.A Laski &  R.A Dahl. Harold J.A Laski (1984), menyatakan Negara sebagai satu kelompok masyarakat yang bersatu & mendapat kuasa yang sah disisi undang-undang. Kuasa itu mengatasi kuasa-kuasa lain yang dimiliki oleh orang perseorangan atau kumpulan yang merupakan sebahagian drpd masyarakat itu. Robert A. Dahl (1983) menyatakan bahawa negara adalah satu sistem politik yang didirikan oleh orang yang mendiami satu wilayah yang tetap dan mempunyai kerajaan yang memerintah wilayah tersebut. Menerusi  dua takrifan tersebut, maka “negara” dapat diistilahkan sebagai satu unit politik yang mempunyai penduduk yang menetap di satu kawasan wilayah dengan memiliki sempadan yang jelas.

 Istilah ras @ etnik pula, kadangkala dilihat kabur dan kadangkala digunakan bertukar ganti, Contohnya orang Melayu, Cina dan India bukan hanya dikenali sebagai kelompok ras tetapi juga dekenali sebagai kelompok etnik. Hal ini berlaku kerana kedua-dua konsep ras dan etnik ini sukar untuk di buat satu perbezaan. Oleh kerana itu, istilah ini seringkali digunakan secara bergilir-gilir. Manakala etnik pula, merujuk kepada anggota masyarakat yang mempunyai rasa kekitaan serta ingin memperlihatkan perbezaan ciri-ciri antara mereka dengan orang lain. Seterusnya istilah bangsa pula mempunyai maksud yang lebih luas jika dibandingkan dengan Ras atau Etnik. Contohnya : Merujuk kepada kumpulan masyarakat yang tinggal di satu ruang wilayah yang mempunyai sempadan tetapi masih lagi dalam satu kerajaan yang sama serta mentaati undang-undang yang sama. Secara keseluruhannya, negara bangsa merujuk kepada sebuah negara yang berdaulat dengan rakyatnya hidup bersatu padu tanpa ada pemisahan sama ada dari segi keturunan, kaum, agama, bahasa, budaya, daerah dan lain-lain.


 1.2       LATARBELAKANG PENDUDUK ASAL

 Terdapat beberapa pendapat yang telah memperkatakan tentang keberadaan masyarakat Malaysia yang ada kini. Antara tokoh yang memberirespon terhadap hal ini antaranya adalah Sarasin Bersaudara (1892/93) dan Heine-Geldern (1932) dan Peacock. Beliau berpendapat bahawa orang Melayu:

 berasal dari wilayah Yunnan melalui dua gelombang iaitu  Melayu Proto (antara tahun 3000-2500 SM) dan Melayu Deutro(antara tahun 1500 SM-300 M.)”.

 Justeru itu, terdapat satu lagi teori yang memperkatakan tentang kelompok penduduk peribumi yang merupakan penduduk asal Malaysia. Hal ini berdasarkan kepada satu teori yang dikemukan oleh Prof. Dr. Wan Hashim Wan Teh (1970-an):

 “....terdapat tiga fenomena iaitu 1. antara 2 -3 juta tahun dahulu terdapat tiga jenis manusia pr-moden iaitu Australopithecus, Pithecanthropus (homo Erectus) dan Neanderthalpernah  mendiami alam Melayu. 2. Wujud manusia moden di alam Melayu kira-kira 35,000 tahun lalu (dikatakan manusia bertamadun) dan 3. sebelum pleistosen kira-kira 10,000 SM, telah wujud di alam Melayu kehidupan manusia yang tergolong dalam kategori manusia moden”.

 1.2       CIRI-CIRI MASYARAKAT MAJMUK

 

Ciri-ciri masyarakat majmuk adalah seperti:

          i.              Pelbagai jenis manusia

ii.             Bercampur tetapi tidak bersatu

iii.            Berdekatan tetapi berpisah dalam sistem politik yang sama atau penempatan berasingan

iv.           Berpegang kepada budaya, agama, bahasa, idea, dan kaedah sendiri

v.            Bergaul tetapi tidak bercantum

vi.           Pengasingan pekerjaan mengikut kaum


1.2        FAKTOR PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK

            1.2.1     PENJAJAHAN BRITISH


                1.2.1     PERKEMBANGAN SEKTOR EKONOMI (GETAH DAN BIJIH TIMAH)  


                1.2.1     PENGHIJRAHAN KAUM DARI LUAR TANAH MELAYU



This free website was made using Yola.

No HTML skills required. Build your website in minutes.

Go to www.yola.com and sign up today!

Make a free website with Yola