PENGAJIAN MALAYSIA

 Perlembagaan ialah satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yang dianggap penting bagi pemerintahan dan pentadbiran sesebuah Negara. Kini, Perlembagaan Malaysia mengandungi sebanyak 183 Perkara yang tergolong dalam 15 Bahagian. Antara kandungannya menyebut mengenai kuasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, bentuk dan tugas Yang di-Pertuan Agung, Parlimen, Kabinet.

 

PERUNTUKAN UTAMA DALAM PERLEMBAGAAN

 HAK-HAK ASASI

 

Kebebasan asasi seseorang individu adalah diperuntukan dalam Bahagian 2 Perlembagaan Persekutuan. Kebebasan asasi boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu kebebasan mutlak dan kebebasan terhad . Kebebasan asasi hanya boleh diubah dengan majorit dua pertiga daripada jumlah kesemua ahli Dewan Perundangan. Perkara-perkara kebebasan asasi adalah seperti berikut:


7.2.1     KEBEBASAN DIRI

Perkara mengenai kebebasan diri telah diperuntukan dalam Fasal 1, Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan tidak seorang pun boleh diambil nyawanya dan dilucutkan kebebasan dirinya kecuali menurut undang-undang. Seseorang yang ditangkap perlu diberitahu dengan seberapa segera sebab-sebab dia ditangkap dan dia dibenarkan untuk membela diri oleh seorang peguam yang dipilih olehnya sendiri. Selain itu, seseorang yang ditangkap dan tidak dilepaskan hendaklah dibawa kehadapan seorang majistret dalam masa 24 jam.


7.2.2     KEABDIAN DAN KERJA PAKSA

Perkara 6 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, memperuntukkan bahawa tidak seorang pun boleh ditahan sebab abdi dan kerja paksa. Segala jenis kerja paksa adalah dilarang tetapi parlimen boleh dengan undang-undang, membuat peruntukan bagi perkhidmatan kerahan  untuk maksud-maksud Negara. Kerja yang berkaitan dengan menjalankan hukuman penjara tidaklah dianggap sebagai kerja paksa.


7.2.3     KESAMARATAAN DI SISI UNDANG-UNDANG

Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukan bahawa semua orang adalah sama di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama. Fasal 2 memperuntukkan seseorang warganegara itu tidak boleh dibezakan semata-mata atas sebab agama, kaum, keturunan atau tempat lahir. Walaubagaimanapun pengecualian terdapat dalam Perkara 153 yang memperuntukan layanan istimewa bagi orang Melayu dan kaum bumiputera yang lain di Sabah dan Sarawak dalam beberapa lapangan seperti pemegangan jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam, pemberian biasiswa-biasiswa dan pengeluaran permit serta lesen.


7.2.4     LARANGAN BUANG NEGERI DAN KEBEBASAN BERGERAK

Perkara 9 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukan bahawa tidak seorang pun warganegara yang boleh dibuang negeri atau ditahan daripada masuk ke dalam Persekutuan. Setiap warganegara berhak bergerak dengan bebasnya dan bermastautin di mana-mana bahagian Persekutuan. Walaubagaimanapun hal ini tertakluk kepada undang-undang imegresen yang berkaitan dengan Sabah dan Sarawak. Keadaan ini tertakluk kepada undang-undang yang berkaitan denga keselamatan Persekutuan seperti ketenteraman awam, kesihatan awam dan hukuman yang dikenakan kepada pesalah.


7.2.5     KEBEBASAN BERCAKAP, BERHIMPUN DAN MENUBUHKAN PERSATUAN 

Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukan kebebasan kepada semua warganegara untuk bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan. Namun demikian, parlimen boleh  mengenakan sekatan tertentu bagi kepentingan keselamatan, ketenteraman awam atau moral. Adalah menjadi satu kesalahan untuk menyoal perkara-perkara sensitif seperti hak-hak keistimewaan orang Melayu dan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.


7.2.6     KEBEBASAN BERAGAMA

Sungguhpun Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan, tetapi setiap warganegara Malaysia berhak mengamalkan agama masing-masing. Setiap Individu berhak untuk mengembangkan agamanya, tetapi undang-undang negeri dan undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama dikalangan orang yang menganut agama Islam. Walau bagaimanapun, kebebasan diberikan kepada kerja-kerja mubaligh di kalangan orang bukan Islam.


 KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU SERTA HAK KAUM BUMIPUTERA YANG LAIN


Menurut Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia, orang Melayu ditakrifkan sebagai:

i.              Seorang yang beragama Islam,

ii.             Bertutur bahasa Melayu,

iii.            Mengamalkan adat istiadat Melayu,

iv.           Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura, atau pada hari merdeka dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.

 7.2.1     PERKHIDMATAN AWAM

 

Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan tanggungjawab kepada YDPA atas nasihat Jemaah Menteri untuk menentukan perizaban bagi orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Amat penting untuk YDPA merizabkan untuk orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak  suatu kadar bilangan jawatan yang berpatutan dalam perkhidmatan awam persekutuan memandangkan sebelum ini bilangan orang Melayu yang memegang jawatan dalam pentadbiran kerajaan sangat kurang. Pada masa Tanah Melayu dijajah oleh British, kebanyakan jawatan-jawatan rendah dalam pentadbiran dipegang oleh orang-orang India dan Sri Lanka yang mahir bertutur dalam bahasa Inggeris. Manakala jawatan-jawatan tinggi pula dipegang oleh orang British. Penduduk pribumi pula bekerja sebagai nelayan dan petani. Untuk memperbaiki keadaan ini, para perwakilan daripada kaum Melayu, Cina dan India yang merangka  perlembagaan telah sepakat bahawa bilangan orang Melayu dalam pentadbiran mestilah ditambah dan diberi keutamaan


7.2.1     LAPANGAN EKONOMI

 Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia menghuraikan tentang keistimewaan khas orang Melayu dan Bumipetera Sabah dan Sarawak dalam lapangan ekonomi. Dalam hal ini undang-undang Persekutuan menggariskan jika sesuatu permit atau lesen yang dikehendaki bagi menjalankan urusan perniagaan dan perdagangan, YDPA hendaklah mengeluarkan arahan kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan permit atau lesen bagi menentukan kadar perizaban kepada orang Melayu.

 7.2.1     PENDIDIKAN

Bagi mengelakkan orang Melayu ketinggalan dalam bidang ekonomi, pembelaan pendidikan orang Melayu sangat penting. Ini memandangkan nasib orang Melayu dalam bidang ekonomi bergantung pada pendidikan. Justeru, kemudahan khas perlu diadakan kepada orang Melayu agar dapat bersaing dengan kaum lain khasnya dalam bidang ekonomi.


Fasal 2 Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan YDPA bertanggungjawab untuk melindung kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak dengan menentukan perizaban kepada mereka seperti biasiswa, bantuan dan keistimewaan-keistimewaan pelajaran dana lain-lain kemudahan pelajaran yang diadakan oleh kerajaan Persekutuan. Dalam hal ini, YDPA boleh memberi arahan kepada mana-mana pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk melaksanakannya. 


 PROSES PILIHANRAYA

Pilihan Raya di Malaysia dijalankan bagi menunjukkan bahawa negara mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Sistem pilihan raya mula diperkenalkan pada tahun 1955 dan terus diadakan setiap lima tahun sekali sehingga kini. Fungsi utama pilihanraya adalah:

i.              Untuk menentukan pemindahan kuasa tanpa kekerasan dan pertumpahan darah.

ii.             Menunjukkan Malaysia sebagai sebuah Negara yang mengamalkan demokrasi.


PENAMAAN CALON DAN BERKEMPEN

Beberapa syarat perlu dipatuhi bagi calon yang bertanding dalam pilihan raya samada di peringkat Dewan Undangan Negeri atau Parlimen, iaitu:

i.              Berumur 21 tahun ke atas,

ii.             Warganegara Malaysia,

iii.            Berakal/ Waras,

iv.           Tidak sabit kesalahan oleh mana-mana mahkamah (penjara satu tahun atau denda lebih RM2000),

v.            Tidak memegang mana-mana jawatan bergaji,

vi.           Tidak muflis,

vii.          Bermastautin secara tetap dalam kawasan pilihanraya dan telah mendaftar sebagai pengundi.

Pilihanraya hanya akan diadakan sekiranya terdapat lebih dari calon yang didaftarkan untuk bertanding dalam satu kawasan piliharaya, jika tidak calon akan dianggap sebagai menang tanpa bertanding. Calon boleh bertanding atas nama parti atau perseorangan. 


7.4.2     PENGUNDIAN

Sebelum keluar mengundi, pengundi perlu mendaftarkan diri dengan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya). Selain itu, pengundi juga tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan iaitu:

i.              Warganegara Malaysia,

ii.             Berumur 21 tahun ke atas,

iii.            Bermastautin di sesuatu bahagian pilihan raya,

iv.           Mengundi dalam satu bahagian pilihanraya sahaja

 

Bagi warganegara yang berada diluar kawasan pilihanraya, mereka dibenarkan mengundi melalui pos. Antara individu yang dibenarkan untuk mengundi pos ialah:

i.              Anggota perkhidmatan awam,

ii.             Pegawai SPR yang bertugas pada hari pengundian,

iii.            Anggota Polis,

iv.           Pegawai tentera yang berugas di perbatasan/ hutan belentara,

v.            Pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di luar Negara semasa pengundian dijalankan


7.4.2     PENGIRAAN UNDI

 

Proses pengiraan undi akan dilakukan pada tempat mengundi atau berkelompok dan undi-undi pos bagi setiap bahagian pilihan raya dikira ditempat yang ditetapkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya. Semasa pengiraan dan penjumlahan undi, hanya orang berikut yang di benarkan mengira undi:

i.              Anggota dan pegawai SPR

ii.             Pegawai yang dilantik oleh SPR

iii.            Kerani yang mengira undi

7.4.2      KEPUTUSAN PILIHAN RAYA

 

Keputusan pilihan raya akan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya  mengikut kawasan tersebut. Mana-mana calon yang mendapat undi terbanyak akan di anggap menang dalam pilihan raya tersebut. Seterusnya, keputusan bagi seluruh kawasan pilihan raya akan diumumkan dan parti yang menang dengan kelebihan kerusi majoriti akan membentuk kerajaan 

Walau bagaimanapun, keputusan pilihan raya boleh di cabar melalui mahkamah sekiranya berlaku:

i.              Penyogokan atau perbuatan yang menyalahi undang-undang

ii.             Tidak mematuhi undang-undang dan peraturan pilihan raya

iii.            Calon atau ejen calon hilang kelayakan

iv.           Berlaku penipuan dan ugutan


 KOMPONEN PARLIMEN

Parlimen merupakan badan perundangan bagi Malaysia dan kedudukannya terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan pada Bahagian 4, Bab 4, Perkara 44-65. Parlimen merupakan satu badan yang menunjukkan sekali lagi tentang kewujudan demokrasi berparlimen melalui pemilihan ahli-ahlinya dalam Dewan Rakyat melalui pilihanraya. Badan ini mempunyai tiga komponen iaitu Yang di-Pertuan Agung, Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Bil.

 

Dewan Rakyat

Dewan Negara

1.

Syarat kelayakan ahli

21 tahun ke atas

30 tahun keatas                               

2.

Tempoh jawatan

5 tahun

3 tahun

(2 penggal= 6 tahun)

3.

Bilangan ahli

219 orang ahli

69 orang

1. 2 orang bagi setiap negeri yang dilantik oleh Dewan Undangan Negeri (DUN)

2. 2 orang wakil dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang wakil dari Wilayah Persekutuan Labuan yang dilantik oleh YDPA

3. 40 orang ahli yang dilantik oleh YDPA

4.

Sebab-sebab hilang kelayakan

1.  Gila / tidak sempurna akal

2.  Muflis-yang belum dibebaskan lagi

3.  Pegang jawatan bergaji sepenuh masa dalam perkhidmatan awam

4.  Tidak hadir dalam persidangan Dewan Rakyat selama 6 bulan berturut-turut tanpa izin dari Dewan rakyat

5.  Gagal menghantar penyata perbelanjaan pilihanraya dalam tempoh yang ditetapkan setelah mengambil bahagian dalam pilihanraya

6.  Sabit kesalahan jenayah dalam mana-mana Mahkamah Persekutuan-penjara tidak kurang 1 tahun, denda tidak kurang RM2000 dan tidak mendapat pengampunan

7.  Memperoleh kewarganegaraan asing secara sukarela dan memberi taat setia kepada Negara itu.

1. Dilucutkan jawatan-dengan sebab.

2.  Meletak jawatan.

5.

Tugas/ bidang kuasa

- Tugas Dewan Rakyat-menggubal dan meluluskan Rang Undang-Undang (RU2)

- RU2 kewangan hanya boleh dimulakan perbahasannya di DR.

- Tugas DN-membahas RU2 lebih teliti

- Dewan Negara tidak boleh menolak RU2 yang telah diluluskan oleh DR tetapi berkuasa untuk menangguh RU2.

- Penangguhan bagi RU2 kewangan hanya boleh dibuat selama sebulan dan bagi RU2 lain boleh ditangguhkan selama setahun

This free website was made using Yola.

No HTML skills required. Build your website in minutes.

Go to www.yola.com and sign up today!

Make a free website with Yola