PENGAJIAN MALAYSIA

 KUASA EKSEKUTIF (PENTADBIRAN)

 

   YANG DI-PERTUAN AGONG (YDPA)

Bertindak sebagai ketua negara atau ketua Persekutuan dan mempunyai beberapa peranan penting berkaitan dengan badan eksekutif (Jemaah Menteri). YDPA memainkan empat peranan utama iaitu:

i.              Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan - YDPA bertindak sebagai punca kuasa eksekutif. Bermakna segala urusan kerajaan dijalankan atas nama baginda. Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan baginda mesti bertindak atas nasihat jemaah menteri atau atas nasihat seorang menteri yang diberikan kuasa oleh jemaah menteri. Perkara 40(1[a]) Perlembagaan Persekutuan (pindaan perlembagaan) memperuntukkan bahawa baginda mesti bertindak atas nasihat yang diberikan.


ii.             Perkara 40(2)a Perlembagaan Persekutuan - memperuntukkan kuasa budi bicara baginda untuk melantik Perdana Menteri. Tetapi baginda dikehendaki mengikut kebiasaaan peraturan demokrasi berparlimen. Perlantikan tersebut hendaklah di kalangan ahli Dewan Rakyat dan merupakan ketua parti yang telah memenangi pilihanraya Parlimen sebelum ini.


iii.            Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan - memberi kuasa kepada baginda untuk melantik Jemaah Menteri dan Perkara 43(2) menyatakan susunan yang patut diikuti Baginda dalam hal tersebut iaitu, melantik seorang Perdana Menteri terdahulu (43[a]), kemudian barulah melantik anggota Jemaah Menteri atas nasihat Perdana Menteri.


iv.           Perkara 40(2)b Perlembagan Persekutuan - memperuntukkan kuasa budi bicara kepada baginda untuk mempersetujui atau tidak permintaan untuk membubarkan Parlimen.  

 PERDANA MENTERI

 

Ketua Jemaah Menteri

Perdana Menteri adalah Ketua Jemaah Menteri. Ini bermakna beliau berkuasa mencalonkan sesiapa sahaja untuk dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai ahli kabinet.


Selain itu, Perdana Menteri juga mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan seminggu sekali. Sebagai pengerusi, beliau boleh menentu dan mengawal agenda mesyuarat (apa yang boleh dibincangkan dan batas-batas yang mengawal perbincangan perkara-perkara tertentu). Dalam sistem demokrasi berparlimen yang mempunyai banyak parti berasaskan pelbagai kepentingan, pilihan seorang Perdana Menteri mengenai siapa yang patut dilantik agak terbatas kerana beliau perlu mengimbangkan kepentingan-kepentingan ini.


Ketua Pentadbir Utama

Perdana Menteri juga memainkan peranan sebagai ketua pentadbir utama negara. Ini kerana semua dasar yang diamalkan oleh kerajaan (termasuk kementerian) diturunkan dari pemerintah yang diketuai oleh seorang Perdana Menteri. Sebagai ketua pentadbir negara, seorang Perdana Menteri memainkan peranan sebagai juru jual penting dasar-dasar dan program-program yang agak mendadak dan menyeluruh, yang bertujuan:

i.              Meningkatkan prestasi perkhidmatan awam

ii.             Mengubah sikap pengawai perkhidmatan awam

iii.            Merapatkan hubungan sektor awam dengan swasta


 Ketua Parti Pemerintah

Seorang Perdana Menteri sudah semestinya merupakan ketua sebuah parti poltik. Dalam sistem demokrasi yang didokong oleh persaingan parti politik, asas untuk menjadi Perdana Menteri terletak pada kejayaan parti pimpinan beliau memungut kerusi terbanyak dalam pilihanraya umum. Keadaan inilah yang memudahkan tugas Yang di-Pertuan Agong melantik seorang Perdana Menteri. Oleh itu, baginda tidak perlu menggunakan budi bicara, tetapi mematuhi konvensyen dan amalan biasa di mana ketua parti politik yang telah memenangi majoriti kerusi Parlimen dijemput untuk menubuhkan sebuah kerajaan. Oleh yang demikian, ketua parti UMNO (atau Perikatan yang dipimpin oleh UMNO) dilantik sebagai Perdana Menteri dan dijemput untuk menubuhkan kerajaan.

 

Pegawai Diplomatik Utama

Perdana Menteri juga merupakan seorang pegawai diplomatik utama negara. Oleh itu, beliau memainkan peranan seperti berikut:

a.         Hubungan Dengan Negara Luar

Seorang Perdana Menteri menentukan negara mana yang akan mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia, termasuk meletak dan menetukan taraf perwakilan di sesuatu negara luar itu.


b.         Peranan Malaysia Di Arena Antarabangsa 

Peranan Malaysia di dalam arena antarabangsa juga ditentukan oleh seorang Perdana Menteri. Tetapi kejayaan Malaysia di arena antarabangsa lebih bergantung kepada personaliti dan kepimpinan seorang Perdana Menteri, bukannya semata-mata ke atas keputusan untuk berbuat demikian

Negarawan Dan Jurucakap Dunia Membangun

Status negarawan adalah satu pengiktirafan dan penghormatan yang paling tinggi bagi dunia politik, di dalam atau luar negara. Bukan semua Perdana Menteri dapat mencapai taraf penghormatan ini. Pada 1950-an dan 1960-an, keadaan agak lebih mudah bagi seorang Perdana Menteri menonjolkan diri mereka kerana isu adalah jelas dan merentasi kebanyakan negara yang dijajahi oleh kuasa asing.


Oleh yang demikian, beberapa Perdana Menteri dari Dunia Ketiga (membangun) menonjol sebagai pejuang kebangsaan dan penentang kuasa penjajah seperti Nehru, Ghandi, Naser, Sukarno, dan Sun Yat Sen. YDPA berkuasa untuk melantik menteri-menteri yang lain atas nasihat Perdana Menteri yang terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Seorang timbalan menteri yang dilantik untuk membantu menteri.

 

Perdana Menteri

Tempoh

Tahun

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

1955-1957

1957-1970

2

13

Tun Abdul Razak Hussein

1970-1976

6

Tun Hussein Onn

1976-1981

5

Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad

1981-2003

22

Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi

Okt 2003 - kini

 

This free website was made using Yola.

No HTML skills required. Build your website in minutes.

Go to www.yola.com and sign up today!

Make a free website with Yola