PENGAJIAN MALAYSIA

 JENIS-JENIS KERAJAAN TEMPATAN


JENIS KERAJAAN TEMPATAN

KRITERIA

CONTOH

 

 

Dewan Bandaraya / Majlis Bandaraya

 

  • Pusat pentadbiran sesebuah negeri

  • Penduduknya melebihi 1 juta orang

  • Hasil pendapatan tahunan melebihi RM20 juta orang

  • Mempunyai pusat perniagaan dan perindustrian

  • Mempunyai pusat pengajian tinggi seperti universiti dan maktab

 

·   DBKL

·   Majlis Bandaraya Ipoh

·   Majlis Bandaraya Johor Bharu

·   Majlis Bandaraya Kuching Selatan

 

 

Majlis Perbandaran

 

  • Pusat pentadbiran sesebuah daerah

  • Jumlah penduduk melebihi 100 000 orang

  • Hasil pendapatan tahunan melebihi RM5 juta

  • Mempunyai pusat pentadbiran yang tersusun dan teratur

  • Kehendak penduduk adalah lebih tertumpu kepada perkhidmatan bandaran berbanding dengan projek-projek prasarana

 

·   Majlis Perbandaran Seremban

·                     Majlis Perbandaran Taiping

·   MPPJ

·   Majlis Perbandaran Kota Setar

 

 

Majlis Daerah

 

  • Sebuah pekan yang biasanya terletak diluar Bandar

  • Jumlah penduduknya kurang daripada 100 000 orang

  • Hasil pendapatan tahunan yang kurang daripada RM5 juta

  • Kemudahan sistem perhubungan biasanya tidak begitu baik

  • Memerlukan lebih banyak projek prasarana berbanding dengan perkhidmatan bandaran

 

·   Majlis Daerah Tapah

·   Majlis Daerah Sabak Bernam

 



FUNGSI  KERAJAAN TEMPATAN 

Terdapat dua prinsip utama yang menetapkan fungsi penguasa tempatan iaitu prinsip ultra-vires dan general competence.


Prinsip ultra-vires menetapkan bahawa penguasa tempatan hanya berfungsi mengikut tugas dan tanggungjawab yang ditetapkan oleh undang-undang. Berasaskan prinsip ini, penguasa tempatan di Malaysia berfungsi berpandukan bidang kuasa dan tugas yang disenaraikan  oleh undang-undang.


Prinsip general competence memberi kuasa kepada penguasa tempatan menjalankan sebarang kegiatan dengan syarat penguasa tempatan itu mampu membiayai kegiatan tersebut. Prinsip ini memberi penguasa tempatan kuasa yang agak luas. Pada umumnya, fungsi utama penguasa tempatan di Malaysia adalah seperti berikut:

i.              Mengawal pembangunan tanah  dan bangunan di dalam kawasan pentadbiran masing-masing

ii.             Memberikan perkhidmatan sanitari dan pembersihan seperti mengutip sampah, mencuci longkang dan memotong rumput

iii.            Mendirikan klinik dan dispensari awam dengan menetapkan bayaran bagi rawatan

iv.           Menjaga dan mengawal kesihatan awam

v.            Menyediakan perumahan awam

vi.           Membina dan menyenggara kemudahan rekreasi seperti taman awam, padang permainan, kolam renang dan gynamsium

vii.          Mengurus pasar dan gerai-gerai

viii.         Menyenggara dan membaiki jalan-jalan awam

ix.           Membina betung-betung awam


STRUKTUR ORGANISASI KERAJAAN TEMPATAN 

Biasanya mesyuarat Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah diadakan dalam sebulan sekali. Keahlian Kerajaan Tempatan terdiri daripada mereka yang dilantik daripada kalangan:

i.              Ahli-ahli politik

ii.             Ketua-ketua jabatan teknikal di peringkat daerah


Sesebuah Kerajaan Tempatan diketuai oleh Datuk Bandar / Yang Dipertua Majlis / Pegawai Daerah. Ahli-ahli Majlis dilantik bagi tempoh 3 tahun oleh Kerajaan Negeri. Keputusan melantik ahli-ahli Majlis semula selepas tamat tempoh tertakluk kepada Kerajaan Negeri.

 BIDANG TUGAS KERAJAAN TEMPATAN


Akta Kerajaan Tempatan 1976

Perkara

Bidang Tugas

A.Tempat-tempat Awam

  • Tempat-tempat awam yang di maksudkan ialah mana-mana lapangan terbuka, tempat meletak kereta, kebun bunga, taman rekreasi sama ada terkepung atau tidak, yang dikhaskan atau diuntukkan bagi kegunaan orang ramai atau yang terbuka kepada orang ramai pada bila-bila masa.

  • Mengawal tempat-tempat awam.

  • Mengadakan tempat-tempat awam yang baru dan membesarkannya.

  • Menutup buat sementara waktu tempat-tempat awam.

  • Kuasa untuk mendirikan bangunan-bangunan awam di tempat-tempat terbuka.

  • Menamakan tempat-tempat awam, sekiranya mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri.

  • Membina, mengadakan atau mengawal taman-taman awam, padang-padang permainan, kolam renang, stadium, akuarium dan gimnasium.

  • Mendirikan perpustakaan, balai-balai seni lukis dan muzium awam.

  • Mendirikan tugu-tugu awam.

  • Mengadakan pasukan pancaragam.

B. Kebersihan dan Pengindahan

  • Kebersihan pasar, kedai makan dan minuman, penjaja gerai-gerai makanan dan minuman.

  • Menanam pokok-pokok di tempat yang sesuai.

C. Perusahaan dan Perdagangan

  • Membenarkan penguasa-penguasa tempatan untuk berkecimpung dalam bidang perusahaan dan perdagangan yang boleh memberi keuntungan kepada penguasa tempatan.

D. Pengangkutan

  • Penguasa tempatan dibenarkan untuk mengadakan atau menjalankan perkhidmatan pengangkutan awam dalam atau di luar kawasan mereka.

E. Pembekalan Elektrik

  • Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta Elektrik 1949, penguasa tempatan dibolehkan untuk menjalankan kerja-kerja untuk membekalkan kepada penduduknya lampu, haba dan kuasa serta elektrik.

F. Membuat Kontrak

  • Penguasa tempatan dibenarkan untuk membuat kontrak dengan penguasa tempatan lain atau mana-mana orang yang menjalankan perusahaan yang dibenarkan.

 

Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976

 

Pihak penguasa tempatan mempunyai tugas seperti mengatur, mengawal  dan merancang kemajuan penggunaan semua tanah dan bangunan dalam kawasan masing-masing. Mengusaha, membantu dan menggalakkan pemungutan, penyenggaraan, buletin dan monograf dan lain-lain siaran yang berhubung dengan perancangan bandar dan desa dan metodologinya.

Melaksanakan apa-apa tugas lain yang dipertanggungjawabkan terhadapnya dari semasa ke semasa oleh pihak berkuasa negeri atau Jawatankuasa Perancangan Negeri.

 

Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 

Perkara

Bidang Tugas

A. Jalan

  • Menyelenggara dan memperbaiki jalan-jalan awam.

  • Membina, membuat dan memperelokkan jalan

  • Meminta pihak berkuasa negeri supaya mengambil tanah yang berdekatan dengan jalan untuk tujuan menyusun atur, melebar, membuka, membesar dan memperelokkan jalan atau membuat jalan-jalan baru.

  • Memproses permohonan yang dikemukakan oleh pihak tertentu untuk membuat jalan-jalan baru.

  • Mengisytiharkan jalan awam, pesendirian sebagai jalan awam.

  • Tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa negeri, pihak berkuasa tempatan boleh menetapkan nama atau mengubah nama-nama jalan.

  • Menentukan nombor-nombor rumah.

  • Membuat kontrak dengan mana-mana pemunya atau penduduk untuk menyapu atau membersihkan jalan.

B. Pembentungan dan Perparitan

  • Membuat betung-betung awam.

  • Membina dan menyenggara alur air.

  • Membaiki, mengubah dan menutup atau membinasakan betung-betung.

  • Mengarahkan tuan punya rumah atau bangunan mengadakan ruang tandas, ruang sink, ruang bilik mandi dan sebagainya yang mencukupi.

  • Mengambil alih pengawalan dan sebagainya tangki-tangki najis persendirian dan loji-loji pembersihan.

  • Mengisytiharkan pembetungan persendirian sebagai pembetungan awam.

C.Lorong Belakang

  • Memastikan setiap tapak bangunan mempunyai tanah untuk tujuan mengadakan lorong belakang.

  • Menyusun atur dan membina lorong belakang dan menuntut kos perbelanjaan daripada tuan punya bangunan atau tanah atau pemaju.

  • Mengisytiharkan lorong belakang sebagai jalan awam.

D. Bangunan

  • Permohonan untuk mendirikan bangunan hendaklah di kemukakan kepada pihak berkuasa tempatan.

  • Memberi arahan-arahan yang tertentu kepada orang yang memohon untuk mendirikan bangunan.

  • Meruntuh atau memindahkan bangunan yang tidak dibenarkan.

  • Memindahkan sekatan, petak, galeri, loteng, bumbung, siling atau binaan lain yang telah di buat tanpa kebenaran bertulis.

  • Menutup dan menjamin keselamatan bangunan yang di tinggalkan.


This free website was made using Yola.

No HTML skills required. Build your website in minutes.

Go to www.yola.com and sign up today!

Make a free website with Yola