PENGAJIAN MALAYSIA

 Kementerian merupakan agensi yang tertinggi Kerajaan. Dalam setiap kementerian akan diketuai oleh seorang menteri yang dilantik bagi menerajui kementerian tersebut. Menteri-menteri ini akan dibantu oleh Timbalan Menteri. Setiap kementerian yang diwujudkan mempunyai tanggungjawab dan peranan bagi membentuk dasar-dasar, merancang, mengawal dan menyelaraskan pelaksanaan tugas-tugas yang diletakkan di bawah portfolio kementerian berkenaan.

 

Ketua Setiausaha (KSU) pula adalah pegawai pentadbir utama atau yang tertinggi bagi sesebuah kementerian dan merupakan penasihat kepada menteri terutamanya dalam pembentukan dasar-dasar, tanggungjawab bagi melaksanakan dasar dan melaksanakan arahan-arahan menteri.

Jumlah kementerian yang diwujudkan oleh kerajaan Malaysia sering berubah dan keadaan ini adalah mengikut kuasa Perdana Menteri selaku Ketua Kerajaan. Semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir bin Mohamad, terdapat 24 buah kementerian telah diwujudkan. Tetapi, kini terdapat 28 buah kementerian yang telah diwujudkan oleh Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi bersama-sama dengan 28 menteri yang telah dipilih untuk menerajui setiap kemeterian tersebut. Kementerian-kementerian itu adalah seperti berikut:

(1)          Jabatan Perdana Menteri

(2)          Kementerian Hal-Ehwal Dalam Negeri

(3)          Kementerian Keselamatan Dalam Negeri

(4)          Kementerian Pertahanan

(5)          Kementerian Penerangan

(6)          Kementerian Pengangkutan

(7)          Kementerian Kerja Raya Malaysia

(8)          Kementerian Luar Negeri

(9)          Kementerian Kesihatan

(10)        Kementerian Kewangan

(11)        Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

(12)        Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

(13)        Kementerian Sumber Manusia

(14)        Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal-Ehwal Pengguna

(15)        Kementerian Belia dan Sukan

(16)        Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

(17)        Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

(18)        Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

(19)        Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

(20)        Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi

(21)        Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

(22)        Kemeterian Pelajaran

(23)        Kementerian Pengajian Tinggi

(24)        Kementerian Pelancongan

(25)        Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan

(26)        Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

(27)        Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

            (28)    Kementerian Wilayah Persekutuan 

This free website was made using Yola.

No HTML skills required. Build your website in minutes.

Go to www.yola.com and sign up today!

Make a free website with Yola