PENGAJIAN MALAYSIA

 5.1    MALAYAN UNION


5.1.1   LATAR BELAKANG

Penjajahan Jepun menyerah kalah pada 1945 dan dengan itu juga Perang Dunia II tamat.Tempoh di antara penyerahan kuasa Jepun dan kedatangan semula British di Tanah Melayu telah memberi kesempatan kepada Parti Komunis Malaya (PKM) melalui Malayan Peoples Anti Japanese Army (MPAJA) untuk mengambil alih kuasa pemerintahan di Tanah Melayu

5.1.3   CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN MALAYAN UNION

a.         Terdiri daripada  sembilan buah negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka.


b.         Gabenor Inggeris merupakan ketua pentadbir  Malayan Union yang berpusat di Kuala Lumpur, Gabenor dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Perundangan.


c.         Raja-raja Melayu hanya berperanan sebagai penasihat Gabenor, sedangakan kedaulatan mereka sebagai raja di negeri mereka sendiri dihapuskan. Raja hanya berkuasa dalam soal agama Islam dan mengetuai Majlis Penasihat Melayu.


d.         Majlis Mesyuarat Negeri dikekalkan untuk tujuan mengurus kerajaan tempatan tetapi masih tertakluk kepada kawalan pemerintahan pusat.


e.         Malayan Union tidak melibatkan Singapura, Singapura masih dikekalkan sebagai tanah jajahan di bawah kuasa seorang Gabenor Jeneral British yang berkuasa ke atas Gabenor Malayan Union.

 

f.             Dari segi kerakyatan, ianya berdasarkan prinsip jus soli. Melalui prinsip ini kerakyatan Tanah Melayu diperolehi sekiranya:

i.          Orang asing  yang berumur 18 tahun ke atas dan telah bermastautin  di Tanah  Melayu selama 10 tahun daripada tempoh 15 tahun sebelum 15 Febuari.

ii.          Seseorang itu dilahirkan di Tanah Melayu selepas penubuhan  Malayan Union


g.         Hak warganegara yang sama rata bagi semua orang tanpa mengira bangsa atau asal keturunan ini termasuk kemasukan ke dalam perkhidmatan kerajaan dan hak mengundi  dalam pilihanraya umum.


IMPLIKASI PENUBUHAN MALAYAN UNION

Pada 1 April 1946 Malayan Union ditubuhkan secara rasmi dengan Sir Edward Gent menjadi Gabenor Jeneral yang pertama. Orang Melayu bertindak memulaukan upacara perlantikan Gabenor Malayan Union dan semua majlis yang dianjurkan oleh kerajaan British. Sebagai tanda bantahan, orang Melayu berkabung selama tujuh hari dengan melilitkan kain putih pada songkok.

 

Kongres Melayu Se Malaya Kedua di Johor Bahru pada 11 Mei 1946 meluluskan pembentukan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang diberi tugas untuk menyatukan orang Melayu bagi menentang Malayan Union dan Dato’ Onn bin Jaafar di pilih  menjadi yang dipertua UMNO yang pertama

Antara sebab-sebab penentangan Malayan Union ialah:

a.            Perlembagaan Malayan Union digubal tanpa mengambil kira pandangan orang Melayu terlebih dahulu. Raja-raja Melayu diberi masa yang singkat untuk meneliti kandungan perjanjian Malayan Union. Mereka tidak di beri peluang berbincang dengan para pembesar atau Majlis Mesyuarat Negeri masing-masing.


b.            Persetujuan raja-raja Melayu kepada Malayan Union dianggap tidak sah kerana tidak mematuhi perlembagaan negeri-negeri Melayu yang memerlukan raja berunding dengan para pembesar terlebih dahulu sebelum menandatangani sebarang perjanjian dengan kuasa asing.


c.            Sir Harold Mac Micheal menggunakan ugutan untuk menyingkirkan mana-mana raja yang tidak bersetuju dengan rancangan Malayan Union. Beliau juga bersikap biadap, tidak mengetahui adat resam dan memahami bahasa Melayu serta tiada pengalaman langsung tentang Tanah Melayu.


d.            Malayan Union menghapuskan kedaulatan dan kuasa politik raja-raja Melayu. Kuasa raja-raja hanya terbatas kepada hal-ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja. Kehilangan kedaulatan dan kuasa politik bermakna raja-raja tidak lagi dapat melindungi hak dan kepentingan orang Melayu.


e.            Malayan Union menawarkan syarat-syarat kerakyatan yang longgar kepada kaum bukan Melayu. Penerimaan kaum bukan Melayu menjadi warganegara boleh mengancam kedudukan politik orang Melayu. Terutama apabila kesetiaan kaum bukan Melalyu kepada Tanah Melayu masih lagi diragui.


f.             Persamaan hak kepada semua rakyat di Tanah Melayu tanpa mengira kaum dianggap mengancam hak dan kedudukan istimewa orang melayu. Sebagai penduduk peribumi di Tanah Melayu, orang Melayu berasakan bahawa mereka perlu menikmati hak dan kedudukan yang istimewa berbanding dengan kaum lain.

 PENUBUHAN PARTI POLITIK 

 

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)

·                     UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946 oleh Dato’ Onn Jaafar. Beliau merupakan presiden pertama UMNO. Beliau memegang jawatan ini sehingga tahun 1951.

·                     Matlamat jangka pendek penubuhan parti ini ialah penentangan terhadap Malayan Union. Untuk menyatupadukan orang Melayu dan mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu dalam penentangan Malayan Union ini.

·                     Anggota ini parti ini berpegang kepada cogan kata ‘Hidup Melayu’.

·                     Pada tahun 1948, UMNO dijadikan sebagai sebuah parti politik

 

 

All - Malaya Council Of Joint Action – (AMCJA) 

·                     Pada 22 Disember 1946 kaum-kaum bukan Melayu menubuhkan Majlis Tindakan Bersama Tanah Melayu (AMCJA) bertujuan menentang perlembagaan baru yang telah dicadangkan.

·                 Komponen AMCJA ialah Kongres India Malaya (MIC), Malayan People’s Anti Japanese Ex – Services  Comrades Association dan Pan Malayan  Federation of Trade Union             

i.              Penyatuan seluruh Tanah Melayu (termasuk Singapura)

ii.             Pemerintahan sendiri melalui sebuah Badan Perundangan Pusat dengan ahli-ahli dipilih oleh rakyat.

iii.            Hak-hak kerakyatan yang sama bagi semua orang yang menganggap Tanah Melayu sebagai air dan tumpuan taat setia.

·                 Ternyata di sini bahawa prinsip yang dikemukakan oleh AMCJA bercanggah dengan apa yang dikemukan oleh UMNO dan raja-raja Melayu. AMCJA menolak cadangan perlembagaan  yang telah dikemukakan oleh raja Melayu dan UMNO

 

Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) 

·                     Merupakan  parti orang Melayu yang dianggap berhaluan kiri (radikal).

·                    Putera adalah gabungan parti-parti berhaluan kiri iaitu Angaktan Pemuda Insaf  (API) pimpinan Dr Boestamam, Parti Kebangsaan Melayu Malaya

·                     (PKMM) pimpinan Dr Burhanuddin Al-Helmi, dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) pimpinan Shamsiah Fakeh.

 

ANCAMAN KOMUNIS

PARTI KOMUNIS MALAYA

Matlamat komunis di Tanah Melayu ialah untuk menubuhkan sebuah negara Komunis. Ideologi komunis ini mula disebarkan di Tanah Melayu pada 1930an dan semakin berkembang pada tahun 1941 hingga 1945 akibat perasaan anti Jepun. Walaupun British bekerjasama dengan MPAJA dan PKM semasa pendudukan Jepun tetapi selepas tahun 1945 pihak British enggan menerima PKM. Sejak itu bermulalah penentangan PKM terhadap kerajaan British di Tanah Melayu


PERKEMBANGAN SEBELUM DARURAT

Sebelum tahun 1937 sambutan orang Cina kepada PKM tidak begitu menggalakkan,namun selepas kekalahan Negara China dalam perang China - Jepun. PKM berjaya mempengaruhi perasaan anti-Jepun di kalangan orang Cina di Tanah Melayu untuk menyokong perjuangan mereka. Dasar PKM bekerjasama dengan British semasa Perang Dunia Kedua menjadikan pengaruhnya semakin meluas. Kerjasama dengan British melalui Force 136 memberi PKM peluang untuk meluaskan sokongan di kalangan orang awam.


Selepas Perang Dunia Kedua beakhir dan sebelum British kembali semula ke Tanah Melayu. PKM dan MPAJA keluar dari hutan dan mengambil alih pemerintahan selama tiga minggu. Dalam tempoh itu, tentera komunis yang dipanggil Bintang Tiga bertindak kejam untuk membalas dendam kepada penduduk tempatan yanag dituduh bersubahat atau bekerjasama dengan tentera Jepun


 PENYUSUPAN KE DALAM KESATUAN SEKERJA DAN PERGERAKAN POLITIK

Selepas MPAJA  dibubarkan, PKM memulakan kegiatan subversive dengan menyusup masuk ke dalam kesatuan sekerja.  PKM menerima sokongan kuat daripada sebuah gabungan kesatuan sekerja yang dikenali sebagai Pan-Malayan Federation Of Trade Unions (PMFTU). Melalui kesatuan sekerja PKM menganjurkan mogok di seluruh Tanah Melayu. Akibat tindakan mogok, banyak kerja yang tergendala dan masa kerja terbuang begitu sahaja. PKM juga menyusup masuk ke dalam pergerakan politik.  Menjadi tenaga penggerak kepada usaha menyatukan golongan kiri melalui PUTERA – AMCJA untuk  menentang Malayan Union. PUTERA mewakili parti politik orang Melayu  yang berfahaman kiri dan AMCJA dikatakan  mewakili kaum bukan Melayu. Kesemua pertubuhan di bawah naungan PKM, kecuali  MIC diresapi atau bersimpati dengan komunis dan menjadi pertubuhan barisan hadapan PKM



 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KOMUNIS

a.         Mengisytiharkan Darurat

Menjelang pertengahan tahun 1948, keganasan  PKM semakin hebat.  Antara bulan  Oktober 1945 hingga Disember 1947, PKM melakukan 191 pembunuhan dan dalam enam bulan pertama tahun 1948, sebanyak 107 pembunuhan. Kemuncak keganasan berlaku pada 12 Jun 1948, apabila tiga orang pemimpin  Kuomintang dibunuh di Johor, dan  diikuti oleh pembunuhan tiga orang peladang Eropah  dalam masa satu hari di Sungai Siput, Perak pada 16 Jun  1948.


Peristiwa ini memaksa kerajaan British mengisytiharkan darurat di Sungai Siput dan beberapa tempat di Johor pada 18 Jun 1948.  Sehari selepas itu, darurat diisytiharkan di seluruh Tanah Melayu dan diikuti di Singapura pada 23 Jun 1948. Setelah undang-undang Darurat dikuatkuasakan, PKM dan pertubuhan di bawah naungannya diharamkan

 

b.         Rancangan Briggs

Diperkenalkan oleh Sir Harold Briggs iaitu Pengarah Gerakan menentang komunis pada tahun 1950. Rancangan diperkenalkan bertujuan untuk membanteras kegiatan komunis melalui strategi menempatkan golongan setinggan di pinggir hutan ke kampong baru dan melancarkan gerakan kelaparan.


Rancangan ini bertujuan menghalang penduduk Cina daripada membekalkan  makanan dan perubatan dan memberikan maklumat kepada gerila komunis yang bersembunyi dalam hutan. Di bawah rancangan ini kampong-kampung dipinggir hutan ditempatkan semula di kawasan baharu yang dipanggil Kampung Baru yang mudah dikawal.Kampung Baru dipagar disekelilingnya dan disediakan kemudahan seperti sekolah dan pusat kesihatan.


Rancangan ini didapati berkesan dalam menggagalkan pembrontakan komunis kerana ia dapat melemahkan kegiatan Min Yuen dan seterusnya memaksa komunis keluar daripada hutan


c.         Rancangan Templer (Perang Saraf)

Sir Gerald Templer telah melancarkan perang saraf ke atas pengganas komunis dengan mengambil beberapa tindakan. Antaranya ialah:

            i.          melonggarkan syarat kewarganegaraan bagi orang bukan melayu

ii.          memberikan pengampunan secara beramai-ramai kepada anggota PKM yang menyerah diri

iii.         memberi hadiah kepada mereka yang memberikan maklumat mengenai pengganas komunis

iv.        menyebarkan risalah yang meminta agar anggota PKM meninggalakn perjuangan mereka

v.         memperkenalkan konsep perintah berkurung di kawasan-kawasan tertentu ketika tentera memburu anggota komunis

Sir Gerald Templer telah memperkenalkan sistem pembahagian wilayah kepada kawasan Hitam dan kawasan Putih. Pada tahun 1952. Kawasan Hitam ialah kawasan yang didapati giat dengan aktiviti komunis dan perlu diberi kawalan ketat oleh pihak pertahanan. Manakala kawasan Putih ialah kawasan yang selamat atau bebas daripada pengaruh komunis


d.        Rundingan  Baling

Pada Pilihanraya Umum Persekutuan pertama pada bulan Julai 1955 memberi  kemenangan besar kepada Parti Perikatan. Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi ketua Menteri Persekutuan Persekutuan Tanah Melayu. Di bawah sistem berkerajaan sendiri. Pemberian taraf berkerajaan sendiri mengukuhkan sokongan rakyat kepada kerajaan. Ini menjadikan pengaruh komunis semakin merosot.


Tunku Abdul Rahman berjanji untuk menamatkan darurat dengan segera. Pada bulan September 1955, beliau menawarkan pengampunan secara beramai-ramai kepada semua pengganas komunis. Mereka yang menyerah diri tidak akan dikenakan sebarang tindakan oleh pihak kerajaan. Kemerosotan pengaruh komunis menyedarkan para pemimpin PKM, terutama Chin Peng bahawa perjuangan mereka tidak lagi mendapat sokongan rakyat. Akhirnya, Chin Peng bersetuju untuk berunding dengan kerajaan. Rundingan itu diadakan pada 28-29 Disember 1955 di Baling Kedah.


Perwakilan

Nama

Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu

Tunku Abdul Rahman

Ketua  Menteri Singapura

David Marshall

Presiden  MCA

Tan Cheng Lock

Parti Komunis Malaya

1.    Chin Peng (Setiausaha Agung)

2.    Chen Tien ( Ketua Propaganda)

3.    Rashid Mydin

 

Tokoh yang menghadiri Rundingan  Baling di Kedah pada 28-29 Disember 1955

 

Dalam rundingan  itu, Tunku meminta PKM meletakkan senjata dan menerima tawaran  pemgampunan  kerajaan.  Chin Peng menolak  permintaan itu dan sebaliknya meminta PKM  dibenarkan bergerak sebagai sebuah parti politik yang sah.  Rundingan Baling berakhir dengan kegagalan kerana kerajaan enggan tunduk dengan tuntutan PKM. Pada tahun 1960, kegiatan PKM berjaya dilumpuhkan, akibat tindakan keras kerajaan memerangi kegiatan Komunis.  Pada 31 Julai 1960, darurat diisytiharkan tamat secara rasmi.  Sepanjang tempoh darurat, seramai 6398 orang anggota PKM dibunuh, 1245 di tawan dan 1938 menyerah diri

   

Jawatan dalam Parti Komunis Malaya

       Hadiah Wang Tunai

1.   Setiausaha Agung (Chin Peng)

$ 250 000

2.   Ahli Biro Politik

$ 200 000

3.   Ahli Jawatankuasa Pusat

$150 000

4.   Ahli Jawatankuasa Negeri dan Daerah

$120 000

5.   Anggota Biasa

$2500-$2000

       Tawaran  hadiah wang tunai atas penangkapan atau pemberian maklumat  tentang pengganas  Komunis semasa darurat.

 

 PERUNDINGAN  KEMERDEKAAN

Pada bulan Ogos 1955 Tunku Abdul Rahman sebagai pemimpin Parti Perikatan menghantar satu memorandum kepada Pejabat Tanah Jajahan British di London untuk  menrundingkan soal kemerdekaan Tanah Melayu. Memorandum itu diserahkan kepada Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan British. Alan Lennox-Boyd. Dalam memorandum itu, Parti Perikatan meminta dua perkara iaitu:

i.              Pemberian kerajaan sendiri secepat mungkin

ii.             Penubuhan sebuah suruhanjaya bebas untuk menggubal    perlembagaan baru Tanah Melayu. 

Raja-raja Melayu memberi persetujuan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan usaha  ke arah kemerdekaan. Mereka juga meminta supaya rundingan kemerdekaan tidak diadakan dengan wakil-wakil parti perikatan sahaja, tetapi turut melibatkan wakil raja-raja Melayu. Pada  bulan November 1955, wakil raja-raja Melayu  dan parti Perikatan berunding terlebih dahulu untuk mencapai  kata sepakat tentang beberapa perkara asas seperti:

i.              Kawalan Kewangan

ii.             Perlantikan rakyat tempatan utnuk mengetui jabatan-jabatan kerajaan

iii.            Keselamatan dalam negeri dan penggubalan perlembagaan

Dalam rundingan itu, Tunku Abdul Rahman memberi jaminan bahawa kedudukan raja-raja Melayu sebagai raja berperlembagaan tidak akan terjejas selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Pada 1 Januari 1956, Rombongan Kemerdekaan bertolak ke London. Rombongan itu terdiri daripada empat orang wakil raja-raja Melayu dan empat  orang wakil Parti Perikatan. Rombongan itu bertolak ke London dengan tujuan untuk berunding dengan kerajaan British bagi mendapat kemerdekaan Tanah Melayu.

 

                                  Nama

Jawatan

i.      Dato’ Haji Abdul Wahab bin Abdul Aziz (Ketua)   Dato’ Panglima Bukit Gantang).

ii.     Dato’ Nik Ahmad Kamil Haji Nik Mahmud

iii.    Dato’ Muhammad Seth bin Muhammad Said

iv.   Abdul Aziz bin Haji Abdul  Majid

  Menteri Besar Perak

 

  Menteri Besar Kelantan

  Menteri Besar Johor

 

Menteri Besar Selangor

Abdul Kadir bin Shamsuddin selaku Setiausaha rombongan


 

Rajah:  Wakil raja-raja Melayu dalam Rombongan Kemerdekaan 1956

 Rundingan kemerdekaan Tanah Melayu di London dipengerusikan oleh Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan British, Alan Lennoxz Boyd. Rundingan itu yang diadakan mulai 18 Januari hingga 8 Febuari 1956 berjaya mencapai beberapa persetujuan iaitu:

 

i.          Kerajaan British bersetuju memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Selepas merdeka, Tanah Melayu akan terus kekal dalam lingkungan komanwel dengan mengamalkan sistem pemerintahan secara demokrasi.

ii.          Rakyat tempatan akan mengambil alih jawatan-jawatan penting seperti Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri, Menteri Kewangan dan Menteri Perdagangan.

iii.         Pihak British dibenarkan untuk menempatan tenteranya di Tanah Melayu.

iv.        Sebuah badan bebas dibentuk bagi menggubal perlembagaan baharu Tanah Melayu.

 

Nama

Jawatan

1.    Tunku Abdul Rahman Putra (Ketua)

2.    Dato’  Abdul Razak bin Dato’ Hussien

3.    Dr. Ismail bin Dato’ Abdul Rahman

4.    Kolonel Hau Shek Lee (H.S.Lee)

  Ketua Menteri

  Menteri Pelajaran

  Menteri Tanah dan Galian

  Menteri Pengangkutan

T.H. Tan  ( Setiausaha Parti Perikatan) selaku Setiausaha Rombongan

 

Rajah:  Wakil Parti Perikatan dalam Rombongan Kemerdekaan 1956

 

 Perisytiharan Kemerdekaan

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani oleh raja-raja Melayu dan Persuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGallivry di King’s House, Kuala Lumpur pada 5 Ogos 1957. Perjanjian itu mengekalkan sebahagian besar struktur Perjanjian Persekutuan, 1948 dengan kedudukan raja-raja Melayu sebagai raja berperlembagaan, pembahagian kuasa antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Negeri.

Pada pukul 12.00 tengah malam 30 Ogos 1957, bendera Union Jack diturunkan di Padang Kelab Selangor sebagai menandakan berakhirnya penjajahan British di Tanah Melayu dan digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.Pada pagi 31 Ogos 1957di Stadium Merdeka, wakil Ratu Elizabeth II menyerahkan dokumen pengisytiharan kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman selaku Perdana Menteri Pertama. Tunku kemudiannya melaungkan perkataan ‘merdeka’ sebanyak tiga kali dan disambut oleh ribuan rakyat yang  hadir di stadium itu.

Upacara bersejarah ini disaksikan oleh Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad, kesemua raja Melayu dan wakil-wakil kerajaan asing.  Pada hari yang sama, kabinet Persekutuan Tanah Melayu yang pertama diumumkan


This free website was made using Yola.

No HTML skills required. Build your website in minutes.

Go to www.yola.com and sign up today!

Make a free website with Yola